mungkin agak terlambat untuk ku pautkan azam bodo dari diri yang pelik ini.
tiada idea untuk melalut cuma ini sahaja persembahanku untuk tatapan blogger sekalian.
tapi mungkin akan ku rujuk semula pada akhir december 2009.
adakah aku ini manusia yang jenis rajin ataupun......korang sambung ar sendiri...
2009's is the most heartbreak.
1.Mengumpul Mesin-Mesin Analog Kegemaran.
-sudah semestinya menjadi pilihan utama empunya badan pabila semakin hari semakin banyak pengguna mesin analog cuba menyerlahkan kemampuan diri bermain punat-punat dipapan mesin.mungkin juga dapat merealisasikan impian diri untuk menjadi manusia analog 100% yang mampu membuatkan pengunjung sirkit gig,teman-teman sepermainan dan juga rakan-rakan band terlopong melihat kemampuan diri memanipulasikan bunyi-bunyi aneh dari papan kekunci analog.
2.Berubah Kepada Rajin Bekerja.
-salah satu perangai buruk diri ialah malas.satu perkara biasa dan perangai sang lelaki iaitu malas.mahukan sesuatu yang senang tanpa memerlukan kudrat yang banyak.konklusinya,diri harus cepat mencari pekerjaan.biarkan mereka membebel dari hari ke hari.lantak mereka!bak kata pepatah orang-orang tua ireland,"ade aku kesah????"
3.Belajar Mengurus Poket.
-lumrah dunia..bila poket penuh dengan nota ringgit malaysia,terserempak dengan barangan yang mampu menarik perhatian mata dan agak pelik.walaupun telah ditambah-tolak-congak-bahagikan akaun-akaun poket.hati nan gelap ini tetap mengatakan "kau jumpe bende ni skali je,kau tak beli..confirm orang lain grab dulu"..sungguh boros akal,tangan dan poket ku ini.mungkin akan ku cuba belajar untuk lebih berjimat..bukan untuk apa...cuma satu impian utama = mesin analog.
4.Mendalami Seni Pelik Sedalam Mungkin.
-mungkin aku ini hanya peminat seni yang tidak mengenal erti seni sebenar.bagiku apa yang pelik itu adalah sebahagian hidupku.walaupun bunyi anak sungai mengalir itu cuma hanya satu bunyian,tapi bagiku..jika telinga lebih peka.akan keluar runut dari bunyi-bunyian itu.walaupun angin yang berlalu di tubuh ini hanya me"neutral"kan suhu badan,bagiku itu satu seni yang dicipta tuhan.walaupun api itu menyakitkan,tapi itu juga satu seni.walaupun segerombolan semut mundar mandir di perkarangan sudut ruang bilikku.bagiku itu juga seni.
5.Mencari Cinta Yang Mustahil.
-walaupun diri ini pelik,aku tetap mempunyai perasaan.cuma perasaan pelik yang selalu hadir.yang selalu rindukan kerlipan bintang di langit malam.walapun sesetengah manusia mengatakan bulan lebih kelihatan chantek di kala malam.bagiku,bintang itu satu mahluk seni yang susah untuk di gapai oleh tangan.akankah hati ini akan terus bercinta lagi ataupun mengaku kalah dipertengahan usia yang semakin hari semakin menjerit inginkan revolusi dalam diri?
6.Me"mati"kan Remy Yang Lama.
-kini tibalah masa untuk diriku yang baru muncul dari kejatuhan diri,kelemahan yang tak mampu disangkal lagi.ku tinggalkan jiwa yang lama dibelakang.bukan untuk dibunuh..cuma disembunyikan untuk hari mendatang.tahun ini cuma hanya untuk satu revolusi baru dari manusia analog ini.berubah ke satu tahap.walaupun bukan untuk dibanggakan oleh orang sekelilingku.cuma untuk berubah ke arah lebih berani.nantikan kemunculan diri yang baru.ibarat kelahiran baru.
"selamat tinggal 2008,tahun yang paling menyakitkan hati..selamat kembali manusia analog..engkau pengubah sejarah"
January 06, 2009
niat jahat di tahun 2009.
Cursed by Remy Zainal at 02:34
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 shits:
haha.
blog yg menarik.
mcm wat esei.
azam tmbahan:
masuk ptndingan esei byk².
;)
Post a Comment