January 24, 2009

emosi tiba.

entah kenapa tiba-tiba sesuatu yang telah sekian lama ku cuba untuk menipu diri bermain di kepala otak yang kian mereng ini.
tiba-tiba perasaan sebak muncul dengan background music "the academy is... - everything we had".
aduh!!!perit,namun ku cuba hadapi esok dengan selamba badak.
terimbas kembali detik manis saat bersama si gadis,bagaikan memori lama telah di flashback.
kenapa kepala otak mereng ini tidak henti-henti menyiksa jiwa nan kacau lagi mereng ini.sadis..memang sadis.
teringat segala perkara yang berlaku,setiap nada,ukiran senyuman,sinar mata,setiap sisa-sisa masa yang dikongsi bersama.
kadang kala terasa diri ini bodoh,tetapi hati maseh kuat mengatakan bahawa si gadis maseh lagi mencintai diri.
namun,harapan yang setinggi langit malam mungkin takkan tercapai kerna hati yang berbelah darab terhadap tanggungjawab.
sekecil kesilapan membuatkan hati ini maken sunyi dan sunyi.namun tiada siapa yang memahami diri yang robek terluka.
bak kemalangan dengan lori tangki minyak.kadang kala terasa marah namun amarah tiada guna,relax la brother.
sesekali ingin diri bertemu dua mata untuk menyatakan apa yang sudah lama terbuku dihati,cuma tatkala diri berdepan dengan si gadis.
mulut bagaikan terkunci seratus ribu bahasa,hati yang mudah terpikat dengan nada dan ukiran senyuman yang terukir di wajah gadis.
maseh terngiang-ngiang lagi nada di telinga,namun hati ini maseh lagi rindu.rindu dengan si gadis.
andai si gadis dapat membaca hati nan sunyi ini,tapi sepertinya hati ini maseh lagi dikuasai oleh perasaan yang tiada mengerti sifat berani.
andai si gadis ini tahu bagaimana rasanya di hati nan sunyi ini,hati dari jiwa yang cuba berlagak seperti tiada apa berlaku.
cuba menipu hari esok untuk lebih tabah,cuba menipu sang bintang yang diri ini tiada merindui dan tiada mencintai.
tapi mengapa selama ini diri bersifat hipokrit terhadap hati sendiri,sanggup melukakan hanya untuk meredakan kesedihan yang maha perit ini.
adakah maseh terpaut lagi cinta dalam hati si gadis?.
atau adakah jiwa ini sudah berubah kerna terlalu sunyi dan perlukan seorang yang bisa menggantikan si gadis?
sedangkan wajah yang terpapar dihati hanya ada seorang gadis,yang terlalu hati ini mencintainya lebih dari segalanya.
diri berharap agar suatu hari nanti segala keperitan yang maha kuat ini bakal berakhir dengan satu langkah yang bakal mengundang kekecewaan.
konklusinya,suatu hari nanti akan diri ini bertindak lebih berani untuk berpegang teguh dengan perasaan kasih yang maha kuat ini.

0 shits: