March 18, 2009

tunggu,tido,tonggeng,tido dan tonggek?

Tahniah...jam telah menunjukkan 0330hrs dan mata ini maseh lagi tidak lelap,sedangkan tidak sampai 2jam(0600hrs) lagi mata ini perlu segar akan kerjaan yang perlu dikerjakan.
maseh lagi menunggu dari gadis untuk me"reply" sesuatu sejak jam 0123hrs yang lalu.
tiada apa yang dilakukan selain memainkan runut-runut christian metal-core.lagu orang kapir dilayan tanpa kompromi,lagu nasyid???haram nak layan.kenapa?satu topik yang menarik juga.tapi terlalu panjang bebelan ini kerna otak mereng ini maseh lagi tiada idea untuk menekan punat-punat huruf dipapan kekunci dengan ganasnya.

Hari ini juga perlu disiapkan segala ongkos-ongkos perit dari sang kocek sekugiran yang tidak habis-habis menyusahkan diri ini dengan membuat selambe bodoh mereka dan melepaskan tanggungjawab merekacipta "Seni Kulit" atau dalam bahasa inggerisnya,"Cover Art" bersama-sama seorang perekacipta dari selatan.Seorang rakan yang dikhabarkan menghidap demam champak menyepikan diri tanpa pesan.Seorang "ketua" kugiran yang maseh berada di kuala lumpur.Masing-masing seperti mahukan semuanya "simple" sahaja.sedangkan diri ini cuba membuat yang terbaik.Mahu sahaja tarik diri dari segala kesusahan ini.Tahikerbau! a.k.a. Bullshit! Jahanam! a.k.a. Damn!

Yaaa...diri maseh lagi menunggu.tiada jawapan.jam 0345hrs.mata sudah terlalu mengantuk tapi terpaksa menunggu kerana perkataan "please".aduh...runut "Pergi Tanpa Pesan" bermain tatkala diri ini maseh menunggu.banyak kata-kata ingin terucap dari hujung jari ini.cuma tiba-tiba malam ini terasa kosong.entah kenapa.terlalu banyak yang hendak diluahkan.mungkin tiada besok buat diri?tatkala diri terfikir sejenak pabila menunggang kuda besi moden di tengah dua buah jentera berat.hati terfikir,"jatuh kiri,hancur dan mati;jatuh kanan,hancur dan mati".sungguh berani kelakuan.tapi ini bukan tentang apa dan kenapa.cuma tentang siapa yang di tunggu tiada tiba.


sedikit pautan senikata dari "Pergi Tanpa Pesan":



"Hati cemas bimbang harapan timbul tenggelam
Aduhai, permata hati
Mungkinkah kelak bersua lagi ..."


0 shits: