April 02, 2009

eksperiMENTAL minda HARAM JADAH!

saban hari minda dan mental ini semakin ke arah pelik dan sering bereksperimentasi dengan runut dari bunyi electronica.
terbaru ini telinga yg tidak dikorek sekian lama ini dipenuhi dengan runut experimental dari MATMOS.
kali pertama mata ini dijulingkan dengan aksi mereka di DVD "BJORK LIVE AT ROYAL OPERA HOUSE".
dibeli dari wang di poket buruk ini dan terus disalurkan ke lanun cetak rompak.support mereka juga.
ada terdengar dari kata-kata manusia mengatakan sebuah cd yang dilanunkan oleh si lanun digital ini "COMPILATION OF INDIE".
telah me"lego"kan runut dari kugiran tuan tanah iaitu "KONTROVERSI" dari demo pertama kugiran The Closed.
wah!satu pencapaian terbaik.jika si lanun meciplak lagu tersebut,lagu yang durasinya hingga ke 6minit(lame la siot) boleh diterima ke telinga masyarakat.hahahaha.
lupakan tentang cd tersebut.lantaklah...dierorg makap duet haram.sendiri jawab nanti.
berbalek ke MATMOS.sebuah kumpulan yang ditunjangi oleh duo electronica yang kelihatan seperti pasangan homo.betol ke?
segala intrumentasi dan alatan music yang digunakan mampu membuat mata ini tidak berhenti berkelip.
tertarik pada satu alatan yang digunakan tanpa menyentuh intrumentasi itu.seperti sensor.
terlihat juga salah seorang pemain synth dari AKTA ANGKASA mengunakan alatan tersebut.
lekat juga alatan itu diminda..cuma diri ini maseh mencari nama alatan tersebut.
aduh.....saket kepala.

satu projek dari tuan tanah dan beberapa rakan bakal memekakkan telinga akan keluar tidak lama lagi.
sebuah entiti yang sudah semestinya berpaksikan pada musik hardcore.
mungkin sudah bosan bermain pop..skali skala hendak juga diri ini ke arah yang lebih keras.
sudah tentu kali ini diri tiada berada di posisi papan kekunci atau dalam bahsa inggerisnya KEYBOARD, alat sintesis mahupun apa-apa sahaja yang berkaitan dengan alatan electronic tanpa tali.
kali ini mungkin akan disandangkan bahu ini dengan sebuah gitar.agar mampu berpusing-pusing seperti gorilla.hentakkan kepala sehingga mampu memeningkan kepala dan kepala lutut.pusingan merbahaya yang mampu membuatkan sesiapa terkena akan pengsan atau hidung berdarah.
cuma sedang mencari beberapa lagi posisi untuk dipenuhkan.yang pasti diri ini bukan lagi berada di paksi pop.ke arah yang lebih gelap.
HARDCORE!mungkin satu hari nanti diri ini mampu menghasilkan satu genre POPCORE = POP+HARDCORE barangkali
ataupun DISCORE = DISCO+HARDCORE...yaaahhh sudah merepek.
dilihatkan dari teks di atas..sepertinya diri ini sungguh sibuk melayan dunia music yang tidak boleh dibawa ke tanah perkuburan.
tetapi maseh lagi merindui seorang gadis yang mungkin sedang bercelaru dan marah terhadap tuan tanah.
"haahaa!tak tahu!apa kau dah buat padaku?"adamAF..<-- ape kejadah pulak ni??
yang pastinya diri ini mahu bertemu dua mata dengan si gadis.terlalu banyak perkataan mahu dilahirkan..cuma entah kenapa dunia ini sungguh dengki dengan diri ini..JAHANAM!

2 shits:

pendi said...

matmos tuh gay dol . tapi barang2 deorang tak cam care plak kan . yg part gosok kat blkg badan tuh yg taboley handle . hahaha

Remy Zainal said...

haha.
ouhk la kalo camtu.
sbb aku bi.hahahaha.
gosok!jangan tak gosok!
hahahaha.