April 16, 2009

semakin sesat.

entah kenape majoriti mengatekan yang diri ini semakin sesat dan teros sesat.bukan kehendak diri atau bersahaja untuk menyesatkan akal fikiran,pegangan atau sesuatu yang amat penting bagi setiap mahluk tuhan.cuma diri ini perlu secebis ruang untuk berfikir dengan lebih tenang.kekusutan akal,porak peranda,kemusnahan,hipokrasi,sifat angkuh manusia,sang jahanam yang cuba merosakkan kaumnya sendiri dan tawa dari sang pemenang yang hanya menang dengan membuatkan sifat pendendam semakin mahu keluar menjerit,memijak,menumbuk,membunuh dan sesuatu diluar norma paras waras akal fikiran.bukan ingin meronta untuk seketul hati untuk perhatian mahupun rasa cinta.cuma diri ini terlalu runsing dan keliru dengan hidup.pernah mengaku kalah dengan sadis duniawi.diri ini tidak lagi mampu menghitung sisa-sisa hari hidup yang kian pendek ini.semakin hari,"syaitan" yang selalu membisikkan kata-kata amarah seperti mahu bebas dan tertawa dengan kemusnahan yang tiada penghujung.bak seketul hati yang baru lahir dari kekecewaan ditusuk dengan besi panas.terasa seperti tiada apa yang perlu diperjuangkan lagi.cukup sudah langkah dan sejarah hidup.cuma berserah pada takdir.entah esok lusa ditimpa bencana,maut menjemput diri dari duniawi yang kian hipokrasi.menunggu ulat,masa dan asal usul sang manusia memamah diri sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi jasad dan jiwa untuk diteruskan.sesat bukan kerna tiada pegangan,cuma entah kenapa saban hari akal termenung jauh kosong.cuma satu dipinta,tunjukkan pada diri ini yang dunia ini maseh terbentang untuk diri yang kecil ini.entah kenapa tiada siapa yang faham kehendak naluri yang kian mati ini.bak jasad tanpa jiwa.terdahulu hati ini maseh lagi berbekaskan kesedihan terlampau kejam mampu lagi membuatkan hati lain yang memerlukan cahaya,kini hati yang penuh kesedihan cuma mampu meratap kemana perginya jiwa yang dulunya dikatakan kuat.satu persoalan yang tiada tanda noktah..dikelilingi simbol tanda tanya..apakan kesudahan cerita sang jasad tanpa jiwa ini?adakah ianya cuma hidup untuk dipermainkan,disakiti atau diperjahanamkan lagi hidup.tiada apa yang menyakitkan dari kehilangan sesuatu yang amat diperlukan dalam hidup.mungkin akan mati jasad ini?atau ianya maseh tergantung di hujung sisa-sisa?kuasa seorang manusia yang mampu menghancurkan sisa-sisa jasad ini.akankah berlakunya satu lagi kesedihan?akankah lahirnya kebencian?cuma satu perkara yang maseh keliru mampu mengubah jasad yang sesat ini.entah apa,siapa,kenapa dan bagaimana..tiada siapa yang tahu.

1 shits:

Anonymous said...

btol2.
ngee.