Bait lirik dari lagu "Tragedi Nostalgia".salah satu runut dari demo pertama kugiran ini.runut yang sudah dikeluarkan dari pemain dalam lelaman tersebut.usah cerita tentang itu lagi.
kenapa dengan bait lirik tersebut?yaa..mungkin jikalau diselami ayat "chenta itu memang indah,bila kau menyakitinya.." mungkin anda dapat menghidu cerita tentang runut ini.bukan juga ingin bercerita tentang lagu ini.cuma sesuatu yang hanya perlu direnungkan sesekali.
yaa..cinta itu memang indah.apa juga saat yang dikongsi bersama menjadi tatapan hati.sanggup menerima apa sahaja keadaan pasangan jikalau diri sudah berada dalam zon "cinta mati".bukan ingin membandingkan kasta manusia.diri ini cuma terasa bagai tidak lagi dihargai segala pengorbanan,segala penantian,segala kata "maaf" seperti tiada maksud,segala saat perit;susah senang seperti cuma lakonan.diri ini cuba untuk melupakan segala parut luka nanah yang pernah dicalit.entah kenapa ianya seperti kotoran lain.hati yang diperlukan selama ini berpaling pada hati yang lain.sudah kering air mata,sudah remuk hancur musnah hati,sudah hilang segala kepercayaan yang diberi,sudah hilang semua janji dan kata-kata palsu yang hanya lahir dari bibir itu,sudah hilang senyuman yang dulu dianggap satu yang suci untuk dicintai,semuanya sudah hilang.pernah terasa eperti diri terlampau naif tentang apa yang dipanggil "cinta".entah apa yang dibanggakan dengan memusnahkan satu hati yang ikhlas,entah apa yang hendak disambut dengan gembira selepas memusnahkan segala janji palsu yang kononnya ingin menghargai diri ini.entah kenapa juga diri ini mudah diperdaya oleh janji manis,senyuman palsu,cerita sedih,semua yang duah berlaku tetapi cuma diri ini seperti cuba memekakkan telinga dan membutakan mata.kelihatan seperti si bodoh.entah kenapa juga diri ini harus disakiti seperti ini.hati yang diharapkan mampu membuatkan diri ini yang selalu tagis,kini mungkin sudah berubah arah."ahhh!!biarkan ianya terus disakiti!"mungkin kata-kata yang selalu bermain di fikiran hati yang berubah.entah apa dosa yang menyebabkan diri ini diperlakukan bak patung;pabila diperlukan dicari,pujuk rayu menjadi modal untuk memenangi diri ini kembali;pabila sudah tidak diperlukan lagi,hanya tinggalkan gantung tiada bertali.apakah hati itu akan sadar tentang apa yang dilakukan terhadap diri ini?atau mungkinkah suatu hari nanti ianya akan merasa apa yang dirasakan oleh diri ini?entah...diri ini tiada sebarang klu,esok tiada siapa yang tahu.entah ajal menjemput,entah mungkin kekosongan ini akan berakhir.atau entah semuanya takkan berakhir.
"Hingga kini,
ku maseh lagi
terbayang saat kita bersama....
Kau yang pertama,
mengajar aku,
bercumbu dan berasmara denganku..
Jika kau dan aku,
maseh bersama,
akan ku bina syurga dunia..
Lalu kau dan aku,
tetap disana,
berdansa hingga ke hujung dunia..
Makilah Aku...Caci maki ku,
jika itu yang kau mahu dariku...
Chenta itu memang indah,
bila kau menyakitinya,
lalu untuk apa ku fikirkan...
Nostalgia menghancurkan,
hati ini dilukai,
tragedi meragut jiwaku..."
May 04, 2009
bila kau menyakitinya...
Cursed by Remy Zainal at 00:04
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 shits:
kenapakah remy?
erm, tape, single pon bagus pe. tabah key !
wuhuuuu!
hehehe..macam xder ape2 je kan?
rase bebas sket jadi single.
concern kat music je pas ni.
yeahhh!way to go to become great composer!
Post a Comment