ape jahanam skema punye tajuk "sepuluh hari" ni.knape ngan sepuluh,tidak sembilan,lapan belas,empat atau tujuh.lantak aku la..nak buat sepuluh ke,dueratustigepuluhlapan ke.haha.suda mula lagi.da lame tidak merepek dalam blog ini.kesibukan tahap bapa ayam rumah urut chong tlah mencurik masa untuk syaitan ini merepek.malam jumaat minggu lepas berlepas dari johr bahru ke seremban dengan keretapi tanah melayu.sesampai ke seremban tros bergerak ke bandar nilai dengan komuter.sunggoh penat dan mengantok.bergalaskan bag yang berisi baju,papan kekunci elektonik juga memegang besi yang sebesar tidak.knape la maen keyboard nk pakai stand..leceh la.seorang rakan yang bertelinga capang seakan-akan monyet di zoo melaka mengambil jasad ini bersama seorang adik yang berbadan besar dan seorang pengetuk tong-tong dram.sesampai di sepang,dengan badan yang maseh penat,masa diambil untuk terus bersiap ke lokasi pengambaran klip video kugiran pop.aduh...badan maseh lagi penat.ape jahanam..memang jahanam.teros ke lokasi berkumpul yang tidak tahu dimana..sebab jasad ini paling benci ke kuala lumpur,jalan pelik-pelik.sesat kali kedua membawa kami ke ofis yang mengelolakan pengambaran klip tersebut.teros menuju ke mont' kiara.pengambaran yang sangat terok dibawah sinaran matahari yang teramat panas dengan kawasan pengambaran yang agak cilaka.2 buah video klip perlu dihabiskan dalam satu hari.penat..memang penat.hari sabtu,hari untuk jari jemari ini digunakan dengan menghasilkan bunyian untuk kugiran pop.bertemu dengan beberapa rakan.malam itu jasad ini dikenakan oleh dua orang rakan yang sungguh jahanam perangai mereka.malu sungguh.tapi takper..biar korang menang dulu.satu eksiden yang tidak dapat dielakkan...tak per korang.aku langgar korang ngan bas.pastu bakar mayat korang.haha.malam itu tido dengan masa yang tidak mengcukupi.pagi ahad bangun lewat,kesuntukan masa untuk ke lokasi.apa jahanam punya alarm.masing-masing dibuai mimpi..mimpi basah,mimpi seram dan mimpi bosan.aduh..mata maseh lagi berat.badan penat.sesampai di ofis,muka yang tak berapa hensem ini ditepekkan dengan bedak dan make-up untuk sesi pengambaran klip seterusnya.selesai sudah acara menepek bedak,terus bergerak ke lokasi pengambaran yang dekat dengan ofis..haha.set pengambaran urban.tibe-tibe terasa yang kami in boyband..sunggoh jahanam.sarapan dengan sekeping roti dan teh tarik dan beberapa batang "cancer stick".pengambaran kali ini tidak begitu memenatkan jasad ini.sehabis pengambaran,kugiran bersama seorang pengurus kugiran terus ke menara kuala lumpur untuk menghadiri sirkit gig.yaa..sunggoh jahanam..sesampai si menara,kugiran hardcore kesukaan jasad ini telah pon beraksi.opss..terlepas sudaa...<--jahanam!.
hari yang penat ditambah dengan segerombolan manusia yang minat pada runut-runut berlain genre.pelbagai ragam manusia.lantaklah!to be continued......penat la weyh...da ngantok ni..hampeh punye jasad.
3 shits:
weh ko pakai mekap ke?
bwahahahaha!
diam ah!
hahahahaahahahaha
mekap ???
hahaha
mesti ayu !
hahahaha
lahhh singgah srmban artu?
(ttbe teruje...pdhal bukan ade kt srmban pon)
hehe
Post a Comment