November 29, 2008

R is for Remy.

remy zainal.who the hell he is?kenal sangat ke remy tu?not everyone know what means "remy zainal"
for first of all,remy hanya seorang lelaki yang hidup masih mencari tujuan hidup di bumi yang semakin hari semakin sadis.seorang yang hanya memerlukan perhatian.tapi perhatian yang diperlukan tidak pernah wujud dalam hidup.kalau mati pun,orang sekeliling mudah melupakan "remy zainal".bukan kehendak diri yang mahu dikenali,cuma perlu sedikit perhatian dari orang sekeliling yang semakin hari semakin sibuk dengan hidup yang penuh hipokrasi,sifat saling membenci,sifat mengelaskan orang lain,pentingkan kemahuan sendiri dan segala macam penyakit yang tidak pernah pulih dari manusia hatta.remy juga bermaksud sensitif walaupun tiada sedikit pun mampu membuatkan orang sekeliling itu peka terhadap sensitiviti.gerak hati yang semakin mudah untuk merasa penipuan demi penipuan yang hanya mementingkan diri sendiri tapi disalahkan atas nama "remy zainal".walaupun cukup sensitif,masih ada sedikit belas dari nama tersebut biarpun tiada perlu balasan dari si peminta belas.tapi perlukan dipijak lagi hati kertas yang sudah semestinya halus?mungkin tidak kejam bagi sesetengah mahluk bersifat hipokrasi ini.cuma hati kertas itu sahaja rasa bagaimana lemahnya hati yang selalu sedih.bukan meminta belas,tapi gunakan otak yang digelar waras.mungkin segala kesalahan akan diperkatakan oleh mahluk yang berotakkan kewarasan maksima jika pengakuan mengatakan bahawa "remy zainal" kurang mempercayai "tuhan" yang mencipta sekian mahluk dan segala-gala yang dicipta-NYA.tapi itu realiti.bukan kehendak diri mahu berfikiran seperti mahluk "syaitan",tapi keadaan mampu mempengaruhi "remy zainal".bukan niat diri juga untuk memperkotak-katikan kewujudan dan kuasa-NYA.cuma diri hanya perlu sedikit masa untuk lebih mengenali dan memahami.sesatkan "remy zainal"?usah fikirkan lagi tentang kepercayaan.intergiti yang digelar "keluarga" juga musnah dalam hidup "remy zainal".tanpa mengenali apa itu kasih sayang seorang yang digelar "bapa",tetapi masih lagi cuba menguatkan hati yang sunyi yang semakin lemah.bukan hendak salahkan nasib diri yang kian malang,cuma hanya perlu satu perkataan sahaja,"cinta".cinta yang kian suram dalam hidup yang kelam kabut.hanya memerlukan seseorang yang memahami perasaan yang diendahkan sekian sisa-sisa hidup yang tiada mengenali apa itu cinta.diri masih memerlukan seseorang yang faham kemahuan hati.tapi masih lagi ditinggalkan seorang diri.malam yang sunyi dipenuhi dengan merenung bintang-bintang kian malap bak hidup sendiri.hanya mengharapkan seorang gadis yang mampu turut sama memahami diri yang kian malang ini.mampukan diri menempuhi hari-hari mendatang yang kian sunyi?cuma diri sendiri yang tahu sahaja betapa pahitnya realiti.bilakah semua ini akan berakhir?atau perjalanan hidup "remy zainal" hanya perlu berakhir dengan kematian?tiada jawapan yang mampu memenuhi setiap tanda soal dalam hidup "remy zainal" ini.cuma diri yang perlukan sedikit cinta dan perhatian dari seorang gadis."remy zainal"...sungguh malang nama yang digelarkan.selamat tinggal malam.

1 shits:

kakak kau! said...

kau x nampak "kasih sayang" tu dr mata halus. kau nampak dr mata kasar je. tatau ke kau kteorg yg jadi darah daging kau nih sayang kau sgt²? kau je tak perasan. tp takpe, kteorg ttp sayang kau walaupun kau tak perasan. kau je mmg perasan hensem je x)