January 06, 2009

"dive-thru" hari sepi.

entah hari keberapa atau bulan keberape aku "dive-thru" hari-hari yang sepi.
kalau dulu berteman utk meset di telefon bimbit murah ini.
tapi kini,sunyi sepi dengan hati yang semakin malas menambah nombor yang tidak berganjak sejak bulan lepas.
entah kenapa aku sering diperlakukan seperti tiang listrik yang hanya menunggu hari-hari untuk ditumbangkan.
tiada perasaankah tiang itu,walaupun beliau tiada kudrat untuk melawan..hanya tiang sahaja yang tahu.
usah bermain kata lagi dengan benda-benda bukan hidup...tapi apakan daya,bukan "nawaitu" diri untuk menyindir.
tapi cuma ingin menjerit dari dasar hati yang semakin kurang "nur",semakin hari semakin gelap.
entah kenapa juga bila aku sedang asyik ditemani oleh seseorang yang aku sayang,ada sahaja yang berhati busuk cuba memisahkan.
entah kenapa juga hati berbicara bahasa yang kurang di fahami menyalahkan takdir.naif sangatkah diri ku ini?
atau mungkin satu hari nanti akan ku temui ganjaran atas penantian yang semakin hari semakin menyakitkan ini.
cuma diriku sahaja yang tahu bagaimana penyiksaan yang telah diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan terhadap hati gelap ini.
mungkinkah hubungan yang selalu diperkotak-katikan ini cuma sebagai satu ilusi yang membuatkan ku terkhayal sebentar.
entah kenapa juga semakin hari semakin berani aku merosakkan tubuh badan yang lemah ini dengan racun-racun hidup.
adakah ini tanda protes dari diri untuk mogok terhadap empunya badan bahawa diri ini tersiksa diperlakukan sedemikian.
bukan niatku untuk menyakiti hati atau membuatkan hati empunya diri sedih dengan perlakuan dari hati yang semakin sadis.
mungkin diriku hanya sadis di hati,tapi realitinya diri ini cuma sekecil batu yang disepak oleh pelalu-lalang yang tak bertamadun.
entah kenapa semakin diperlakukan sebegini,semakin kuat perasaan kasih terhadap perlaku.semakin kuat perasaan sepi yang menghentam diri.
runut-runut yang selalu mengingatkan tentang masa-masa yang dilalui bersama bermain dicorong peti nyanyi membuatkan diri ini terlalu sepi.
cuma satu yang ku harap,dalamilah hati ini,fahamilah perasaan yang dikatakan seumpama batu kelikir ini.
kalau kau punya hati,cuba fahami insan sepi ini.
oh remy...semakin kurangkan jangka masa kitaran hidupmu itu?

2 shits:

piqaiqapiqa . said...

ouhh. remy single ke..
igtkn yg dlu tu... :|
tape&sup2 stiap yg tjadi ad hkmahnye.

Remy Zainal said...

dakk aiihh~
sje je tulis2 camni.
da hobi pon mrepek.
sje2 iklankan diri<--xmalu :P
hahaha.
mane tau ade yg terpikat ke.
hahahahahaha.

remy kuat...mrepek!
hahahaha.